::aPakah itu buku Log??::

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikanpanduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu.Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagisesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.
Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap
penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakaptersebut.

NOTA:
Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh
Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan
peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan
yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi
lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun
berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300
helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.

Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah
‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’

Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya
menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan
sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa tersebut.

Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama.


Comments

Popular posts from this blog

Supplement Untuk Kerap Senggugut

Tips Kecantikan : Kenali Kedudukan Jerawat Anda dan Puncanya

Pengedar Sah Shaklee Skudai, Johor Bahru, Johor