Posts

Showing posts from August, 2014

Tips Kecantikan : Kenali Kedudukan Jerawat Anda dan Puncanya

Image
Apabila kita ada masalah, apakah perkara pertama yang patut kita buat? Nak panic ke, nak buat tak tau ke, nak rasa down pastu tak ambil tindakan apa-apa untuk selesaikan ke, nak merungut saja ke? Kalau itu yang kita buat, sampai bila pun masalah kita takkan selesai, betul tak. Jadi, apa yang sepatutnya kita buat? Pertama sekali, CUBA CARI apa PUNCANYA. Apa-apa masalah pun, kena tahu PUNCAnya dahulu, barula kita dapat jalan untuk selesaikannya. Begitu juga dengan masalah kulit wajah kita. Fokus saya kali ni adalah JERAWAT. Ada orang yang tak begitu serius jerawatnya, setakat sebiji dua sahaja, ada juga yang serius. Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca masalah jerawat di wajah kita. Jom kita kenali kedudukan jerawat dan puncanya: Jerawat berhampiran garis rambut/dahi  Petanda : Tekanan hidup yang tinggi/stress atau tak cukup tidur Jerawat di dahi antara kening Petanda : Mungkin disebabkan oleh masalah jantung, disertai oleh rasa meluat dan ge