Tips Kecantikan : Kenali Kedudukan Jerawat Anda dan Puncanya
Apabila kita ada masalah, apakah perkara pertama yang patut kita buat? Nak panic ke, nak buat tak tau ke, nak rasa down pastu tak ambil tindakan apa-apa untuk selesaikan ke, nak merungut saja ke? Kalau itu yang kita buat, sampai bila pun masalah kita takkan selesai, betul tak.
Jadi, apa yang sepatutnya kita buat?
Pertama sekali, CUBA CARI apa PUNCANYA. Apa-apa masalah pun, kena tahu PUNCAnya dahulu, barula kita dapat jalan untuk selesaikannya.
Begitu juga dengan masalah kulit wajah kita. Fokus saya kali ni adalah JERAWAT. Ada orang yang tak begitu serius jerawatnya, setakat sebiji dua sahaja, ada juga yang serius. Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca masalah jerawat di wajah kita.
Jom kita kenali kedudukan jerawat dan puncanya:
Jerawat berhampiran garis rambut/dahi
Petanda : Tekanan hidup yang tinggi/stress atau tak cukup tidur
Jerawat di dahi antara kening
Petanda : Mungkin disebabkan oleh masalah jantung, disertai oleh rasa meluat dan gelisah
Jerawat di sisi mata
Petanda : Kebiasaanya,disebabkan oleh hati yang tidak berfungsi dengan baik
Jerawat hujung hidung
Petanda : Masalah radang perut dan usus, sistem penghadaman berfungsi dengan lemah
Jerawat berdekatan lubang hidung
Petanda : Gangguan kesuburan ovari
Jerawat di pipi kiri
Petanda : Hati mungkin berkerja terlampau kuat,mngakibatkan proses detoks meenjadi lambat dan lemah
Jerawat di pipi kanan
Petanda : Paru-paru berfungsi dengan lemah dan kebiasaannya disertai dengan sejuk di bahagian kaki dantangan. Ia juga tanda awal selesema.
Jerawat di kawasan mulut
Petanda : Masalah sembelit
Jerawat di dagu
Petanda : Berlaku beberapa hari seebelum haid kerana perubahan hormone di dalam badan
Credit to Encey Google
Bila anda baca list di atas, apa yang boleh anda simpulkan?
Perasan tak, semuanya berkait rapat dengan masalah dalaman.
Untuk mendapatkan kulit yang sihat, cerah dan berseri, penjagaan luaran sahaja tidak memadai. Mungkin kita ingat, dengan memakai produk kecantikan yang mahal-mahal dah cukup untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ada betulnya juga, penjagaan luaran juga penting dengan penggunaan produk yang sesuai, tapi tak semestinya yang mahal-mahal yer:)
Tapi, kita mesti ingat, banyak perkara dalam hidup kita yang bukan di bawah kawalan kita. Contohnya stress, perubahan hormon, pencemaran, pemakanan (ini boleh kawal, tapi susah nak kawal) dan banyak lagi faktor-faktor lain. Disebabkan itulah saya sering tekankan kepentingan mengambil supplemen atau vitamin yang sesuai untuk penjagaan dalaman.
Dengan pengambilan yang betul, insyaAllah, kita juga boleh mendapat kulit wajah yang kita idam-idamkan. Tak perlu keluar duit ribu-ribu pergi buat rawatan wajah, tak perlu nak cucuk-cucuk bagai, makan jer:) Yang penting sabar dan konsisten.....
Produk yang saya sarankan adalah Set Kecantikan Shaklee, kerana saya adalah pengamal tegar set ini dan amat-amat berpuas hati dengan keberkesanannya. Set ini mengandungi Vitamin E, B-Complex dan Vitamin C. Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, anda juga boleh mengambil ESP atau GLA Complex.
Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda, insyaAllah, saya akan membantu anda.
Semua masalah ada penyelesainnya, yang penting kita haruslah berusaha ok:)
Saya boleh dihubungi di nombor ini 017-7636132 ( Boleh sms/ whatsapp/LINE ) atau PM saya di Fb :Noorbazla atau boleh lawati Fanpage saya : Product Health Skudai.
Comments
Post a Comment